SK TELOK PANGLIMA GARANG

"SEPAKAT MENUJU KECEMERLANGAN"

                                        SEJARAH

       Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang dibina pada tahun 1900 dengan 23 murid. Pada tahun 1975 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok A). Pada tahun 1989 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok B). Pada tahun 1994 sebuah lagi bangunan didirikan (Blok C). Pada tahun 2003 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok D). Pada tahun 2004 telah ada empat buah bangunan di SK Telok Panglima Garang. Walaupun begitu, bilik darjah masih tidak mencukupi. Bangunan Sekolah Rendah Agama terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan bangunan tambahan. Hanya sebuah blok bangunan yang tidak dirobohkan dan menjadi Dewan Peperiksaan (Blok E). Pada tahun 2009 sebuah bangunan baru empat tingkat siap dibina bagi menggantikan bangunan Sek. Ren Agama yang telah uzur (Blok F).

 

                                         VISI SEKOLAH

SK Telok Panglima Garang akan menjadi sekolah unggul menjana generasi cemerlang peringkat daerah Kuala Langat.

                                        MISI SEKOLAH

Mewujudkan pendidikan berkualiti kepada semua murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam suasana yang kondusif berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

                                                   MOTO

                                       " SEPAKAT MENUJU KECEMERLANGAN"

                                  PIAGAM SEKOLAH

Dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi kami guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang bertekad dan berikrar untuk menyempurnakan hak-hak pelanggan seperti berikut:

  • Menyediakan prasana sekolah yang bersistematik dan berkualiti bagi kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
  • Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran terkini dan pembangunan organisasi cemerlang dari semasa ke semasa.
  • Mewujudkan permuafakatan pendidikan yang bersepadu dalam kalangan ibu bapa dan guru ke arah kecemerlangan sekolah.
  • Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan selesa dengan keceriaan sekolah yang bersih dan indah.
  • Mewujudkan budaya penyayang dan semangat kekitaan dalam kalangan murid, guru dan kakitangan.
 

                                      LAGU SEKOLAH

MEGAH TEGUH INDAH,
JADI KEBANGGAN KAMI,

SEKOLAH KEBANGSAAN,

TELOK PANGLIMA GARANG.


BELAJAR TERUS BELAJAR,
AGAR DAPAT BERDIKARI,
DI BIDANG KESUKANAN,
HARUSLAH CEMERLANG.

IBU BAPA GURU-GURU,
HARUSLAH SEPADU,
MEMBANTU SALING MEMBANTU,
AGAR KAMI MAJU.

DEMI KEMAJUAN,
NEGARA YANG DICINTAI,
ITULAH PERJUANGAN,
TEKAD AZAM KAMI.
 

 Dengar Lagu KLIK DISINI
 
 
 
 
BENDERA SEKOLAH

 

 

 

 
 

e-SKTPG

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


JPN SELANGOR


PPD KUALA LANGAT


Demi Masa.... Sesungguhnya