SK TELOK PANGLIMA GARANG

"SEPAKAT MENUJU KECEMERLANGAN"

AHLI JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG
TAHUN 2012 

 PENGERUSI EN. HASSAN BIN WAHID
 TIMB.PENGERUSI PN.KALSOM BINTI JAMALUDIN
 NAIB NAIB PENGERUSI  TN.HJ. ABDUL MALEK BIN ARDALI 
  PN.HJH JUYARIAH BINTI ABU BAKAR 
  EN.MD ASIM BIN ISMAIL
 SETIAUSAHA EN.MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
 BENDAHARI PN.JULAIHA BINTI HAMID
 AHLI JAWATANKUASA EN.MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHMAN
  EN.NURUL ZAMZAM BIN MAT JAIS
  EN.MOHD SUHAIMI BIN ANUAR
  PN.KAZILAH BINTI MAT ISA
  PN. SITI SHARINAH BINTI ISHAK
  PN.ASUZA BINTI ABDUL HAMID
  PN.NORMI BINTI MD TAIB

 

 

   

VISI  UNIT BIMBINGAN DAN KAUSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING ADALAH PENERAJU SUASANA TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH

 

 

 MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

 MEMBANGUN MODAL INSAN MURID MELALUI PENDEKATAN INSANIAH

 

  MOTO

INFORMASI, KECERMERLANGAN, KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA

 

 

 RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUSELING

MURID SEHARUSNMYA MEMPEROLEH PERKEMBANGAN  MENYELURUH DARI SEGI INTELEK ,ROHANI EMOSI, DAN JASMANI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DILAKSANAKAN BAGI MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN EMOSI MURID UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA DI SEKOLAH YANG AMAN DAN SEJAHTERA.

 

 

 PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

PENDEKATAN PENCEGAHAN

Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya.  Misalnya, kempen dan pendidikan AIDS dan kem waja diri.

 

PENDEKATAN PERKEMBANGAN

Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenalpasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia.  Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenalpasti dan dijelaskan kepada murid.  kemuadian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik.  Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

 

PENDEKATAN PEMULIHAN

Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenalpasti dari masa ke semasa.  Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis.  Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi.  Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu.

 

 PENDEKATAN KRISIS

Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah.  Misalnya,murid yang bergaduh di sekolah, mengalami hysteria, menagis dengan tiba-tiba,cuba membunuh diri menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga,perceraian ibubapa dan penderaan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

  • MENYEDIAKAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG KONDUSIF DAN TERAPUTIK.
  •  MENERIMA SEMUA KLIEN TANPA SYARAT.
  •  MEMENUHI TEMUJANJI KLIEN.
  •  MEMAKLUMKAN PERUBAHAN TARIKH ATAU MASA TEMUJANJI SEKURANG-KURANGNYA SEHARI SEBELUM TARIKH DAN MASA YANG LAIN.
  •  MENJALANKAN SESI KAUNSELING DENGAN PENUH ETIKA DAN PROFESIONAL.
  • MENJALANKAN SESI KAUNSELING DENGAN PENUH ETIKA DAN PROFESIONAL.
  • MENJALANKAN SESI KAUNSELING DALAM TEMPOH MASA 40 HINGGA 60 MINIT BAGI SETIAP SESI INDIVIDU ATAU KELOMPOK.
  • MENERIMA DAN MELAYAN KLIEN KAUNSELING KRISIS DENGAN SERTA MERTA.
  • MELAKSANAKAN PROGRAM YANG DIRANCANG DENGAN IKHLAS DAN BERTANGGUNGJAWAB 

 

PENGERTIAN KAUNSELING

MITOS KHIDMAT KAUNSELING
• Kaunseling adalah nasihat.
• Hubungan kaunseling hanya sehala.
• Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien).
• Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
• Peribadi dan emosi anda
• Perkembangan pelajaran
• Belajar dengan lebih berkesan
• Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif
• Keluarga

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
KAUNSELING INDIVIDU
(pertemuan ANDA dengan kaunselorguru bimbingan) KAUNSELING KELOMPOK
(pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan guru bimbingan)

DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan ANDA dengan guru bimbingan ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan guru bimbingan ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.

SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.

BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa guru bimbingan , atau

Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling.

SIAPA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING ANDA?

- SEDIA MENDENGAR SEMUA PERSOALAN ANDA
- MENERIMA ANDA TANPA SYARAT
- MERAHSIAKAN APA YANG ANDA KATAKAN
- MENGHORMATI DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG INDIVIDU
- SEDIA BERJUMPA DENGAN ANDA PADA BILA-BILA MASA.

SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA. MENEMUI GURU BIMBINGAN dan KAUNSELING ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

PERHUBUNGAN KAUNSELING DAN PERSONALITI GURU BIMBINGAN  
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti guru bimbingan, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. 

kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama guru bimbingan dan kaunseling, mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada guru bimbingan  dan melalui main peranan. 

 

 

e-SKTPG

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


JPN SELANGOR


PPD KUALA LANGAT


Demi Masa.... Sesungguhnya